23 Januari 2012

Air Terejung: Sg Tekala

Pada minggu lepas, selepas penat mendaki bukit broga, aku terus datang ke Sungai Tekala untuk menghilangkan letih. Dah alang-alang lokasinya agak dekat dengan bukit broga, rasa rugi pulak kalau tak singgah.

Petunjuk lokasinya agak mengelirukan disebabkan tiada papan tanda pada simpang utama dari bandar semenyih. Hanya papan tanda ke sungai lalang je yang ada kelihatan. Jadi pilihlah ke jalan tersebut. Sebelum sampai ke kawasan air terjun ni, beberapa tempat yang perlu dilalui seperti kawasan perkuburan cina. Jarak dari bukit broga pula dalam linkungan 16KM.

Seperti kawasan air terjun yang lain, kat sini pun dikenakan bayaran iaitu RM1 per kepala. Parking adalah percuma. Kat kawasan parking pula ada orang menjual makanan ringan dan jugak seluar mandi incase kalau lupa nk bawak seluar mandi. Sekarang ni adalah musim buah pulasan, kat entrance ada dijual buah tu dengan harga yang agak murah.

Air terjun ni ada beberapa level tapi aku tak pasti berapa level-nya disebabkan aku dah malas nak panjat ke kawasan yang lebih tinggi. Airnye sejuk, suasana tak sesak sebab aku rasa tak ramai yang datang sebab jauh kot.

#1-Entrance
#2-powerful stream
#3-what the heck :P

Ok. Itulah review pendek dari aku tentang air terjun ni.

7 komeng:

Jue berkata...

pandai org yang snap pix nih.
tatau nak habaq lagu mana la...

wenkhadi berkata...

tapi lambat.....adakah salah kamera?

casperlife berkata...

lawanya air.. kat mane ni? bape minit perjalanan?

I_Hate_Lolipop berkata...

Gile best...xajak aku, leh aku menyelam dan mencari bapak duyung..

wenkhadi berkata...

casperlife: kat sg tekala, semenyih. Dalam 10 minit dari bukit broga.

Lolipop: bapak duyung takde...kerbau balar banyak la

maro rozalez berkata...

aku g berBBQ n mandi manda gak kt sini time cuti ari wilayah 2 ari lepas. huhuh. Not bad

wenkhadi berkata...

yup...not bad la....lagipun tak ramai sgt orang