Seperti yang dirancang secara tak sengaja, pada hari sabtu yang lepas aku telah pergi ke bukit broga. Asalnya nak pergi dengan beberapa orang kawan tapi memandangkan aku pun tak pernah pergi maka aku pergi la bersama miss jue.
Trekking bermula pada pukul 620 pagi. Keadaan masih gelap, dan seharusnya perlu membawa lampu suluh. Sila bawa air minuman secukupnya, paling kurang pun 500ml seorang. Pakai kasut dan pakaian yang sesuai. Sebelum memulakan perjalanan, sebaiknya dimulakan dengan acara memanaskan badan. Selepas dah panas, boleh la membaca doa keselamatan. Nak takbir pun boleh. Hehe.
Part yang paling mencabar cuma time nak panjat bukit yang mula-mula je. Yang lain kira ok-ok je. Segala penat hilang bila jari jemari sedia menekan shutter kamera.



Kesimpulannya, tempat ni ok dan sesiapa yang ingin berpeluh, boleh cuba datang ke sini. Keletihannya sama seperti berjogging sahaja.
Kos untuk datang kesini:
Dari bangi.
Tol: RM4 pegi balik
Petrol: RM5-10
Parking: RM2
*kemungkinan hari sabtu atau ahad minggu ni aku akan pergi lagi.

4 komeng:
waalaikumussalam...
nak lagi nak lagi...
pandai saya amek gambar!!
naik la sorang2 :P
nak ikut .. :p *menyemak je haha*
ade stamina dop?...keh2
Catat Ulasan