09 Januari 2012

kamera #3

Bersempena dengan tahun baru, aku berniat nak menyibukkan diri dengan aktiviti snap-snap-snap gambar. Bunyi agak poyo tapi ade aku kesah?.

Sudah agak lama tak tekan shutter kamera. Jadi beberapa hari lepas aku pergi pusing-pusing KL sambil snap gambar. Bila dah snap aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Iaitu kualiti gambar. Sangat noise, zoom tak jauh, dan banyak flare sebab tak pakai hood. Nak beli kamera baru memang kopak la akaun bank. Jadi sekarang guna jer body kamera yang sama, cuma upgrade lens dan tambah beberapa aksesori.

Pernah jugak teringin nak ambik gambar serangga selepas tengok liputan dalam majalah 3, tapi serius aku tak mampu nak menghabiskan duit untuk beli lens macro. Kat bawah ni adalah labah-labah kat rumah tok aku. Dah zoom paling dekat la....nak dekat lagi memang tak dapat. Banyak betul limitation. Mungkin kena beli jugak magnify tools cam Raynox DCR 250 tu.

Antara barang yang aku rancang nak beli:

1. Speedlight.
Agak penting bila nak ambik gambar dalam bilik atau ruang yang tak cukup cahaya. Nak guna built in flash pun boleh tapi flash agak direct...tak smooth dan tak natural.
2. Midrange Zoom Lens
Tak mampu nak beli yang mahal-mahal, jadi target aku cuma yang ni jer. Nikkor AF-S 55-200mm VR. Mula-mula tu terfikir nak beli tamron all in one 18-200mm tapi lens tu takde VC. Budget pulak tak boleh lebih RM1k.
3. Prime Lens Nikkor AFS 50mm f1.8
Lens pancake ni pun aku teringin nak beli sebab aperture besar (1.8). Sangat sesuai nak ambik gambar potrait atau yang close up.
Ok. Itu aje la untuk tahun ni. Harap lepas ni penuh la gambar cantik-cantik kat dalam blog ni. Macam gambar dalam blog dila.

2 komeng:

Jue berkata...

x pelu laa...
x best pummm bnd alah ni..
simpan duwet jugak bagus
^_____^

wenkhadi berkata...

simpan la tu..beli pastu simpan