15 Januari 2012

kamera #4

Assalamualaikum.

Dalam entri yang lepas aku ada plan nak beli 2 jenis lens untuk kamera cikai ni. Jadi disebabkan kekangan budget yang tak mengizinkan, aku bercadang nak beli lens sederhana jauh iaitu 55-200mm yang second hand. Jadi aku berjaya la carik yang second hand menerusi mudah.my. Tapi entah macam mana budak yang nak jual tu tak jadi nak jual kat aku disebabkan ada orang offer lagi tinggi dari harga yang aku nak beli tu.

Disebabkan aku memang memerlukan sangat lens tersebut untuk tujuan hiking (dalam entri lepas ni), maka aku pun pergi la beli yang baru. Alang-alang membeli, baik beli yang memuaskan hati. Jadi ni lah telephoto lens Nikkor AF-S 55-300mm with ED glass yang telah selamat menjadi milik aku :)

Bila dah expand memang agak panjang dan juga berat sikit. Bila dipasang pada body kamera aku yang murah ni (Nikon D3100), ianya kelihatan amat awesome!
Kelebihan:
1. Gambar yang agak sharp
2. Bokeh yang cream
3. Zoom yang agak jauh.
4. Ada Vibration Reduction System.

Kekurangan:
1. Auto Fokus yang tak laju.

Dibawah ni adalah contoh gambar yang aku ambik dengan menggunakan kit-lens dan telephoto lens:

Pada jarak 55mm:

Selepas dah crop:
Pada jarak 300mm:
Selepas crop:

0 komeng: