23 Januari 2012

malam tahun baru

Malam tahun baru bagi tahun 2012 disambut dengan aktiviti melepak dirumah bersama family. Mula-mula ada jugak plan nak keluar pergi dinner kat luar tapi memandangkan malam tu hujan, terpaksa la cancel. Sebenarnya lagi best sambut tahun baru kat rumah sebab tak perlu nak hadap jalan raya yang jem, baik duduk kat rumah sambil layan tengok tv.

Memandangkan suasana menjadi sejuk disebabkan hujan, maka perut kami pun lapar. Jadi, adik aku telah merajinkan dirinya untuk masak burger.

#1-tukang masak
#2-burger tak siap
#3-burger dah siap
#4-sedia untuk dimakan didepan tv

Sekarang ni bila makan burger terus teringat family kat kampung. Nasib anak perantau :(

0 komeng: