19 Januari 2012

summary

Assalamualaikum.
Agak lewat untuk aku tulis tentang tahun lepas, dan mengalukan kehadiran tahun baru. Seperti biasa, semua orang bercerita tentang azam, tentang pencapaian pada tahun lepas, dan juga matlamat pada tahun ni. Dalam entri ni aku nak highlight apa yang telah berlaku sepanjang tahun lepas.


Pada awal tahun 2011..
January.
Tak banyak perkara yang berlaku. Cuma aku masih didalam keadaan menyesuaikan diri ke dalam suasana kerja yang baru. Pening dan still dalam process nak adapt dalam suasana baru.


Mac.
Saat-saat genting dalam diri sebab kontrak akan ditamatkan. Tapi entah macam mana kontrak aku disambung. Selepas direview dengan teliti, ditambah dengan good feedback dari bos serta team lead maka gaji aku telah dinaikkan sebanyak 30%. Perasaan sangat gembira.


April.
Kehadiran kereta pertama iaitu perodua myvi. Yang ni paling affordable, dan economical. Pada mulanya nak ambik fiesta tapi memandangkan aku berstatus kontrak dan agak membazir jika beli kereta mahal maka aku memilih kereta kecik itu. April...lagu kegemaran adalah Billionaire. :)


May.
Pertama kali balik kampung dengan kereta. Saat tu aku memikirkan betapa bestnya kalau ada kamera.


Ogos.
Pertama kali berpuasa kat cyberjaya. Tiap-tiap hari aku bawak bekal sebab bulan tu over budget. Ye, over budget sebab beli dslr pertama :). Sebelum balik beraya, bos ada panggil dan cakap nak ambik aku jadi permanent staff. Tapi tak confirm lagi. Takpe...atleast ni tanda-tanda positif.


September.
Raya tahun ni dari segi kemampuan, alhamdulilah sangat. Agak baik berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku tak dapat gaji sebelum raya. Bonus jauh sekali.


Oktober.
Didalam proses nak jadi permanent staff. Lega sangat. Gaji naik lagik dan setiap tahun akan ada kenaikan. Rezeki adik dan emak. Harap lepas ni bila dah senang sikit, tak perlu la mak susah-susah nak kerja lagi. Bermulanya bulan ni, aku nak tumpukan pada hobi berjalan-jalan sambil shoot gambar.


Disember.
Takde apa yang menarik cuma kerja makin bertambah, pening makin bertambah. Tapi tanpa cabaran, hidup takkan bermakna. Seperti masakan tak diletakkan garam.


Kesimpulan pada tahun 2011.
Masih belum berjaya, masih banyak perkara yang perlu dikejar. Masih gagal dalam banyak perkara(ibadat), masih bertatih untuk mengenal dunia yang makin hari makin mencabar, masih mencari tujuan sebenar untuk hidup.


Untuk tahun 2012
Taknak merancang pape. Cuma nak enjoy lebih lagi. Nak lebihkan aktiviti berjalan-jalan sambil shoot gambar.

8 komeng:

liz berkata...

Apa pun wa harap lu enjoy ngan hobby baru lu..so zaman bujang macam mana?

wenkhadi berkata...

Enjoy la...kalo x enjoy kang bosan plop. Zaman bujang berakhir bila aku kawen la.

liz berkata...

Macam gampang jawapan lu skang nie der..apa kata raya cina nie lepaking bersama-sama

wenkhadi berkata...

aku x balik kg.kalo ko naik kl/shah alam gtau la.

liz berkata...

Hahhah..masalahnya esok doh nak balik nie...

wenkhadi berkata...

esok nak naik pelamin...pagi esok jemput lah

Jue berkata...

makan dalam.
hahahaha

liz berkata...

Makan dalam?hahaha...pelik molek bunyi boh