25 Januari 2013
amin
Bosan dengan kehidupan sekarang
Semua hal jadi tak kena
Jika terlalu lurus, ditipu pula
Jika terlalu baik, dipijak kepala
Jika sentiasa telus, tak cepat kaya
Bila berjanji, diberi harapan sahaja
Ada kemudahan, tak pandai guna
Ada kuasa, terlebih guna...
++++
Rindu pada ibu dan pusara bapa di kampung
Rindu pada tanah, tempat bangun dan jatuh
Luka dan parut
Berjalan dan berlari berkejaran
Kabus dan sejuk air kolah dipagi hari
Rasa suam baju sekolah selepas diseterika yang utuh di ingatan bertahun lamanya
Titis titis hujan menhentam zink yang bising
Dan embun bertakung di daun keladi
++++
Ingin berbual dengan teman
Tentang kisah lalu, kisah sekarang, dan kisah yang mendatang
Ingin sekali makan tanpa had
Tak kisah lah berat naik atau tidak
Ingin mendaki tanpa rasa letih
Menghirup udara dipuncak dengan rasa puas
Ingin tidur dikatil yang empuk ditemani bunyi hujan lebat, sahutan katak dan suasana yang gelap
Ingin dan ingin...
++++
Moga semua masalah selesai
Moga rindu itu berpanjangan
Moga keinginan itu terlaksana
Amin. :)
hal-hal:
merapu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 komeng:
xsangka..pandai mengolah ayat demo ni D
btw..gambar tu mcm menghadap ke rumah kw jek.. is that view kearah bangunan KPT (precinct 5?)
Ni merapu rapik je mirul. Hahaha.
La..situ ke rumoh deme. Meh g mandi kat pool kat pusat akuatik :)
biarpun sebaris ayat x mungkin boleh mengubati rasa hati yang terluka tapi ia mampu menenangkan rsa kepedihan yang ditanggung..
benarkah kedamaian hanya ada di kampung?
kedamaian lebih terasa dikampung...disamping orang-orang tersayang :)
Catat Ulasan