24 Februari 2012

close-up

Bulan lepas, aku telah membeli macro converter lens iaitu Raynox DCR-250. Kegunaannya adalah untuk mengambil gambar-gambar makro. Harga converter ni adalah dalam range RM250-RM300. Performance tak sama seperti lens makro yang sebenar. Harga lens makro yang paling murah pun dah RM1400++. Mana nak cekau. Lagipun ni cuma hobi main-main, tak serius sangat.

Selepas membelinya, mula-mula tu aku rase kecewa sebab ada peralatan lain yang tak cukup, iaitu flashlight. Pencahayaan yang cukup tu penting. Nak pakai built-in flash pun boleh tapi hasilnya tak berapa nak menjadi la.

Selepas dah mencuba seberapa banyak kali maka aku telah berjaya capture beberapa gambar makro. Gambar takde la cantik sangat tapi nikmat bila aku tengok hasil tembakan tu tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata. Jadi beli la dslr (meracun)...haha.

17 Februari 2012

pulang dari kerja

Singgah kejap kat putrajaya :)
#1
#2#3
#4

fraser hill #2

Sekembalinya aku dari bukit fraser, aku rasa mesti best gila kalau dapat redah jungle trekking kat sana. Jadi dengan secara tidak sengaja jugak, seminggu selepas tu aku telah kembali ke sini bersama-sama dengan adik aku, Pian.Aku bertolak dari shah alam dalam pukul 630 pagi. Sampai kat puncak fraser hill dalam pukul 8. Suasana memang nyaman dan sejuk.

Sebelum memulakan perjalanan, kami ke information center untuk mengambil brochure yang mengandungi peta. Selepas tu, kami bersarapan dulu. Tak sangka kat atas ni ada jual nasi minyak. Serius tak mahal.

Perjalanan pertama dimulakan dari Mager Trail. Pintu masuk mager trail sebenarnya dah takde. Jalan yang agak berbukit. Panjangnya dalam 1km. Tak jauh tapi disebab oleh kecondongan jalan, trail ni membuatkan aku berpeluh sangat. Berbanding broga, kat sini lagi best sebab memang betul-betul masuk hutan.
Disebelah Mager Trail pula adalah sambungan ke Abu Suradi Trail. Kebanyakkan trail adalah bersambung-sambung.
Selepas selesai melalui Abu Suradi Trail, kitorang meneruskan perjalanan melalui Hemmant Trail. Hemmant trail agak boleh tahan jauhnya. Kat sini kekadang ada monyet-monyet liar, dan sebagai langkah keselamatan kami telah membawa sebatang kayu, mana la tahu terjadi insiden yang tak diingini.
Trail yang seterusnya adalah Bishop Trail. Tapi aku tak masuk sampai ke penghujung disebabkan keadaan yang agak horror. Oh ya, lagi satu exit seterusnya akan membawa kami ke arah yang lebih jauh dari kereta (yang diparking kat main town).
Seperti yang kita sedia maklum, fraser hill memang menjadi habitat burung-burung dari pelbagai spesis. Nikmat apabila dapat tengok dan tangkap gambar burung rare ni susah nak ditulis dalam bentuk ayat2 puitis ko tau. Haha.
Hal-hal yang patut dibuat dan dielakkan semasa jungle trekking kat sini adalah:
1. Jangan tak bawak tripod...kang takde sape nk tolong ambik gambar berdua.
2. Jangan pakai baju terang...macam jersey red devil. Burung perasan,,, lalu terbang lah ia pergi.
3. Jangan lupa bawak peta aka brochure, dan enset. Nak kemas lagi, bawak pisau, dan mancis.
4. Air yang secukupnya. Sedikit gula-gula.
5. Bawak kamera.
6. Bawak teropong.
7. Register untuk masuk hutan kat balai polis
8. ...
Dalam masa yang terdekat ni, mungkin bulan depan atau bulan april aku akan ke sini lagi. Mungkin akan cuba ke Trail-trail yang lain. Trail yang paling susah adalah Pine Hill Trail, yang mengambil masa 6 jam untuk pergi dan balik.

So amacam?...
Masih memandang monitor?..masih memegang mouse?...sudah berapa lama korang duduk dikerusi tu sambil membiarkan lemak beranak pinak dibawah lapisan epidermis itu?...sudah berapa lama menghirup asap-asap kenderaan?

Haha...

*gambar tidak sharp kerana aku combine menggunakan photoscape.