02 Januari 2013

balik kampung#3

Seperti kebiasaannya, beberapa unit didalam kompeni tempat aku bekerja tu akan diberikan cuti selama seminggu bersempenakan hari krimas. Jadi aku pun mengambil peluang tu untuk balik bercuti dikampung. Sebenarnya banyak aktiviti nak dilakukan ketika bercuti, tapi disebabkan beberapa hal (gaji tak masuk lagi) maka aktiviti yang dirangka pun ditangguhkan buat sementara waktu.

Selama seminggu aku kat kampung, tak banyak perkara sangat. Aku senaraikan dalam senarai nombor la senang sikit:

1. Pergi kenduri kahwin kudeng.
Kudeng ni salah seorang kawan kat SMT kuantan dulu. Aku drive laju-laju dari KL ke KT disebabkan nak sampai awal ke majlis dia. Disebabkan cuaca hujan, perjalanan jadi slow. Kudeng dulunya diminati seorang lelaki lembut, same la dengan mamat sebelah aku tu.
kuden dan isteri, makem, dan aku.
2. Hutan Lipur Chemerong
Terletak di daerah dungun, agak jauh dari jalan utama. lebih kurang 30km. Aku pegi dengan adik aku je. Nasib kami baik sebab pergi pada hari ahad kerana pada hari isnin, jalan ke sana telah dinaiki air. Entry pasal air terjun chemerong akan ditulis nanti (jika aku rajin).
chemerong
3. pergi surfing kat pantai bergelora

sek pata
sebenarnya pegi jumpa har je kat pantai batu buruk. Lepas tu sambung lepak-lepak sambil menyembang kat kedai roti canai, betul-betul depan astaka shopping complex, KT.

4. Tengok paras air dimusim hujan.
Ada beberapa kawasan kat kampung aku ni dinaiki air. Kesempatan ni diambil oleh orang kampung untuk menangkap ikan darat. Sila google "ikan darat".
Begitu juga dengan paras air sungai dibelakang rumah tok. Air naik, tapi takde la sampai paras bahaya. Banjir yang terakhir berlaku pada tahun 1986 iaitu sebelum empangan kenyir beroperasi.
5. menjadi pomen.
Secara tak sengaja, aku menolong adik aku membaik pulih motorsikal di rumah. Motor telah digunakan oleh arwah abah selama 10 tahun sebelum aku mengambil alihnya. Banyak kenangan aku dengan motor ni. Selepas tu, adik aku (pian) pulak yang guna sepanjang pengajiannya kat politeknik. Sekarang ni adik bongsu aku plak yang guna.
before and after
dulu-dulu masa diploma...dibelakang aku pesa..pic taken by shidi
6. tengok ombak 
seperti yang sedia maklum, keadaan pantai pada musim hujan memang agak kotor sikit. Tapi tak semua pantai macam tu. Antara pantai yang cantik adalah pantai kuala abang. Dulu, masa aku masih bersekolah kat SMT kuantan, mesti aku terpegun apabila melalui pantai ni. Cantik sangat, Lagi-lagi bila musim panas, warna air menjadi turquoise. Dalam perjalanan aku ke kl, aku singgah kejap. Ambik gambar view kat situ.
kuala abang yang chantek
*har...outdoor kat sini la..power tempat ni..kaka
Itu aje. Terima kasih kerana membaca!!

2 komeng:

I_Hate_Lolipop berkata...

cantiknye laut....wei bila ko nk blanja aku minum eh? kedekut...

hutan lipur chemerong agak creepy, aku kalau lemas situ sure xde sape nak selamatkan...hahaha

wenk berkata...

aku pegi musim hujan..memang creepy. Ko datang la cyberjaya..aku lanja white coffee kat pantry opis ni.hehe