30 Mac 2013

weekend

Orang bujang yang tinggal dirumah bujang.

Semua orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ada yang suka melepak di rumah, lagi-lagi yang dah berkahwin. Dan ada yang suka keluar berjalan-jalan melihat tempat baru. Tapi sudah adat, apabila bergerak kesana kesitu, duit pun turut bergerak sekali.

Ada juga yang kebosanan sampai tak tahu nak buat apa. Nak ajak kawan keluar, si kawan pun ada hal sendiri. Kadang-kadang tu masa tak mengizinkan.

Dan juga faktor lokasi. Bila dah jauh, susah nak berjumpa. Nak balik kampung, beratus kilometer jauhnya pula. Beruntunglah yang tinggal bersama keluarga, paling tidak pun takda la rasa sunyi.


2 komeng:

Jue berkata...

Biasa la tu. masing-masing ada kehidupan sendiri. :)

wenkhadi berkata...

Betul2