08 April 2013

oh saman

Permulaan hari ni tak berapa nak baik. Aku rasa tadi dah kena speedtrap.

Membayar saman speedtrap ni agak menyakitkan hati. Dulu aku pernah terkena kat lebuhraya kajang-silk. Jalan tu memang cantik, 3 lorong dan jarang ada kemalangan jika laluan trafik tidak sibuk. Jadi aku pun bawa la dengan kelajuan sesedap kaki menekan pedal. Tak terlalu laju dan tak terlalu lambat. Sesedap kelajuan rakyat marhaen yang masih muda.

Tapi nasib aku tak begitu baik. Kereta aku bergerak dengan kelajuan 93km/j di jalan yang dihadkan 90km/j. Akhirnya surat saman pun sampai dan aku dikenakan bayaran sebanyak RM150. Banyak sial jumlah tu. Beza 3km/j je pun. Kalau aku bawak 120km/j, berbaloi la jugak.

Bagi aku langkah kerajaan yang patut diambil adalah meningkatkan kemahiran pengendalian kereta. Bontot kereta aku pernah dicium oleh kereta viva. Bila dah berenti kat tepi jalan, baru la aku tau pemandu tu seorang makwe yang sekali tengok pun takde konfiden, serta aku rasakan memang tak terer pun bawak keta. Tayar pun jenis yang tak grip, dan break pad pun aku suspek tak pernah nak tukar. Patutnya polis pun patut cek buku servis berkala setiap kereta yang ditahan. Kereta yang jarang nak servis ni la yang biasanya buat hal.

Berbalik kepada speedtrap, aku dapat simpulkan bahawa operasi memang selalu diadakan dijalan berkelajuan 90km/j, dimana jalan tu memang tenang, selamat dan jarang ade kes eksiden. Aku harapkan polis ni buat la speedtrap kat kawasan yang betul2 bahaya, bukan jalan yang selamat untuk pemandu memecut.

Keep in your mind guys...speedtrap dimerata tempat sekarang. Kalau nak selamat, baik naik motor, tak pun naik beskal.

7 komeng:

Haniko chan berkata...

moral of the story, patuhilah had laju....padahal diri-sendiri pun sm jugak...hehehhhe

maro rozalez berkata...

moral: naik bas. konfem xkena saman

maro rozalez berkata...

bulan lepas aku kena saman speedtrap kat kelantan. kelajuan 60km/j.

what the heck!

wenk berkata...

Amni > hadlaju susah nk ikut, tapi kelajuan selamat senang nk jaga. Jalan straigh + rata = bawak 120km/j pun rasa selamat lagi.

wenk berkata...

maro > deme lain miro..gaji besor....duit byar saman leh claim balik..wkakaka

AnaqiHawwari berkata...

Wenk, pada aku lah kan, sebenarnya kawasan yang selalu difikirkan tenang, selamat dan jarang ade kes eksiden tu sebenarnya mungkin berbahaya. Even ko seniri cakap "jarang ade kes eksiden", bermaksud ada juga kes accident la tu.

Kalo pandu laju dan selamat; "Alhamdulillah..."


Kalo pandu laju dan kena saman;
"Sendiri mahu ingat..."

Hahahaha...

wenk berkata...

entah la shaqi..td aku cek saman..tengok2 ade. Nak kena pegi mintak rayuan la dulu kot. Nak bayar amount sbenar memang tak mampu lah.