10 April 2013

semalam yang hujan


"dalam kehidupan ini yang terindah...melalui usia remaja...suka duka gurau senda silih berganti...meninggalkan kesan abadi..."
Terngiang-ngiang lagu ni bermain didalam kepala, lalu tercetus pelbagai kenangan lama. Aku memulas throtle motor dengan kemas, sambil menikmati titis-titis hujan yang jatuh deras dari langit. 

pap pap pap pap pap..

Umpama slide show power point, satu persatu slide memori berkenaan meluncur di atas jalan yang basah muncul. Rasanya dari dulu aku tak pernah lekang dari terkena hujan bersama motor. Teringat jalan yang dinaiki air di setiu ketika dalam perjalanan ke UiTM Machang, teringat keluar bersama kawan selepas hujan berhenti, teringat berhenti dibawah flyover sambil melihat manusia lain senang berada didalam kereta, dan macam-macam kenangan lagi.

Yang pahit pun bila diimbau balik..manis juga.

Yang paling pahit bila terkenang tercium bontot proton waja ketika hujan. Tapi bukan kenangan aku la. :)


*Sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun tak terkena hujan. Semalam berpeluang pulak.

5 komeng:

maro rozalez berkata...

memang novelis ah deme D.
bijak mengulas kata2 ,,uhuhu..my idol...

wenkhadi berkata...

novelis mende plok la ni maro a.k.a my idol. Deme lagi power..dengar citer dulu wakil daerah.

AnaqiHawwari berkata...

Best naik motor tapi bukan masa hujan lah..

wenkhadi berkata...

tu la...lagi2 kalau lalu kat jalan yang jem. Relax je cilok2

maro rozalez berkata...

hahah wakil daeroh celoh mane lak