Setelah berfikir panjang, berfikir semasak-masaknya, aku telah membeli graphic card baru. Walaupun bukan yang paling latest kat pasaran tapi boleh dikira agak okay la berbanding graphic card aku yang terdahulu.
Spesifikasi ringkas:-
Manufacture: MSI
GPU: AMD RADEON 6790
Bit: 256
Ram: 1GB DDR5
more info sila lah google sendiri.
Inilah rupanya graphic card tu. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama aku membeli graphic card yang nilai bit nya 256. Sebelum ni cuma 128 jer. Jangka hayat card ni adalah 10 tahun dan jangkaan aku, aku cuma nak guna sampai 3 tahun je.
Tujuan aku membeli card ni adalah untuk bermain games yang latest dan juga meningkatkan kemampuan PC aku. Sekarang aku sedang layan Deus Ex dan jugak Skyrim. Yang bakal aku main nanti adalah Devil May Cry 5 dan Prototype 2 (belum release).
Ni adalah graphic card yang telah digunakan selama lebih kurang 3 tahun. Kipas penyejuk yang asal telah rosak jadi aku mengantikannya dengan kipas lain. Ikat pun pakai tali. Setakat ni graphic card ni masih ok, dan mantap. Boleh main Need For Speed Hot Pursuit HD 2010 dengan gemilang.
Antara graphic card yang pernah aku guna sejak dari zaman AGP adalah:
Nvidia MX440 - AGP - Jual kat bob
ATI Radeon 9200 - AGP - jual kat azri budak AD
Nvidia FX 5500 -AGP - jual kat kawan safwan
ATI Radeon 9550 - AGP - kena curi masa pegi kelas
Nvidia 7300 GT - AGP - jual kat kawan tak berapa ngam skrg
Nvidia 9500 GT - PCIE - tak jual lagik
ATI Radeon 6790 - PCIE - tengah guna
Kebanyakkannya aku jual sebab nak topup beli yang model terbaru. Nak beli ikut suka hati memang tak dapat la sebab aku bukan anak orang kaya pun.
Terima kasih kerana membaca :)
08 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 komeng:
Title post kamu buat aku cepat-cepat melawat blog kamu.. ahahaha...
If you know what I mean...
kadang2 perlu menipu seperti surat khabar :)
Waah boleh tahan banyak GFc kau dah pakai ek.. Aku nak tukar 1 pun tak tertukar-tukar..
Eloklah, jual lama, beli baru dan ulang rutin yang sama.. ;D
yusof: ko bukan taknak tukar tapi memang beli yang dah power terus kan.hehe. Aku pun ingat nak upgrade satu persatu barang pc aku. Nak beli semua baru sekaligus mmg tak mampu lagi la. sayang duit
Catat Ulasan