Memaparkan catatan dengan label barang aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barang aku. Papar semua catatan

30 Julai 2019

kereta rare

Semua orang ada minat-minat yang rare. Contohnya seperti Liz Arnisyah yang minat helmet dan stiker ,ustazah iffa yang meminati figure kartun manakala elly pula minat kat handbag. Minat-minat rare ni berlaku apabila si mangsa memang minat pada benda tersebut, dan pabila ternampak barang tu....si mangsa tak boleh fikir panjang...terus menyambar.hehe,,,..betul dop?

Malas nak citer panjang pasal minat yang rare.

Cuaca semalam amat panas, tapi tak menghalang aku, mekjue dan pian pergi ke The Curve semata-mata nak tengok Transformer 3. Tapi malang betul, tiket dah habis pada sesi petang. Memang kemaruk nak tengok, dan akhirnya kami bersepakat nak mencuba nasib kat One Utama pulak. Bila dah sampai kat OU,masuk je kat basement parking..terus mata aku tertumpu kat satu kedai. Kedai Tamiya namanya.

Bila dah siap beli tiket, aku ajak diorang pegi kat kedai Tamiya tu. Kedai pun ok la...banyak mainan pasang sendiri kat sini. Dan tetiba mata aku terpandang 2 objek yang aku dah mention didalam ENTRI sebelum ni. Pastu aku cakap kat Pian, aku nak beli sebijik. Pastu Pian pulak cakap nak support sebijik. Mekjue tak cakap pun nak support sebijik sebab dia tak minat..hehe. Benda berbijik tu adalah:

dash 1 dan dash 01

Memang tak tahan. Dulu masa budak-budak aku selalu main kereta ni. Race dengan kawan-kawan kat dalam longkang sekolah. Ni adalah improvement version yang dihasilkan pada tahun 2009, yang mana menggunakan double shaft motor. Bukan menggunakan motor yang lama. Position enjin bukan kat belakang, tapi kat tengah body.

Bila dah bayar, aku pun lepak kat tepi litar. Terus pasang. Oh ye... ada sorang brader cina bawak anak dia datang main kete dash kat sini sebab sini ada litar. Selamba je diorang duk upgrade enjin..pastu test. Aku suspek brader cina ni mesti otai-otai kete dash 15 tahun yang lepas.

Gambar-gambar:
Kedai
Litar
tak pasang lagi
pian baru nak pasang
siap pasang: super emperor 01
siap pasang: emperor 1
keduanya

Secara logiknya aku mengaku ini adalah satu pembaziran. Keinginan dan bukan keperluan. Tapi disebabkan model ni sangat rare, dan ni adalah satu memori aku masa budak-budak dulu, maka aku beli. Cadang nak letak kat atas dashboard kereta, tapi sayang la kalo kena sunburn. Satu lagi, pada pandangan aku ianya lagi cool berbanding dengan meletakkan koleksi kereta ferrari...pada aku la. Pada korang?

android phone saye

Okey, sebenarnya aku takde apa-apa yang best nak diupdatekan.

Baru-baru ni entah macam mana aku jadi terminat kat Android. Mula-mula aku ingat nak beli samsung yang murah-murah, tapi tengok sony ericsson pun ok jugak. Takde la budget tinggi sangat sebab fikir ini hanya handset, tak perlu nak berbelanja tinggi untuk handset. Cukup la dengan minimum specification.

Jadi bermula la aku mengusha apa kebaikan dan keburukan enset ni kat youtube. So far ok la. Tengok gambar-gambar kat bawah:

kotak

size handset di tapak tangan

sebahagian games

angry bird !!! games simple tapi aku suke :)

Apa yang best adalah semua aplikasi untuk social networking macam facebook memang best. Banyak games dan aplikasi yang boleh dimuatturun dari android market secara percuma. Nak best lagi, kena pandai buat modifikasi atau hack pada sistem, ada orang cakap sebagai jailbreak, dan ada jugak orang cakap rooting. Disebabkan secara default, semua aplikasi dan games yang diinstall akan disimpan didalam memori telefon. Jadi ianya perlu diubah supaya semua installation disimpan didalam memori kad.

Ada macam-macam software yang best. Nanti aku citer dalam post yang lain. :)

GT-I9100g :)

Pada 2 hari yang lepas, secara tidak sengaja aku telah menyambar SGS-2. Ini kerana nilai henset lama aku (xperia x8) telah jatuh mendadak, ditambah pula hardware dan os yang slow, maka aku telah membuat keputusan terburu-buru untuk membeli enset ni.

Dilengkapi dengan processor berkelajuan 1.2 dual core, 1gb ram, Screen Amoled dan 11gb usable internal memory, enset ni memang ganas (buat masa sekarang).

Enset ni adalah yang paling termahal aku pernah beli sepanjang hidup aku. Enset-enset yang lepas semuanya dibeli dalam lingkungan RM550. Mula-mula tu rasa membazir jugak tp bila dah pakai, rasa berbaloi-baloi pulak.

Walaupun ni smartphone, aku tak pakai data plan. Masih pakai prepaid. Ini kerana kat opis dan juga kat rumah ada wifi. Tapi mungkin suatu hari nanti, bila gaji dah up lagi, aku akan pakai bil. Baru nampak gaya abang-abang bekerja sikit.

28 Februari 2013

For the sake of career and skill enhancement


Seperti yang diimpikan selama beberapa minggu, akhirnya pada hari sabtu yang lepas aku menekadkan diri untuk memiliki Intel I7. Ye tuan-tuan dan puan-puan,memang ada jodoh diantara kami. Aku pun siap call mak lagi untuk meminta persetujuannya.

Proses pembelian dijalankan di kedai c-zone, plaza lowyat. Aku pergi bersama Pian kerana dia pun nak beli barang yang sama. Setelah menghabiskan masa selama 2jam untuk tawar menawar dengan kedai tersebut, akhirnya kami pulang membawa 2 set barangan komputer tu dengan hati yang teruja dan gembira.
I7 3770, 16Gb DDR3 Ram, dan Asus ATX Motherboard
Tengah inform kat awek...teruja...teruja
Ambik bau I7...dia punye bau..mendiskripsikan "berbaloi baloi!"
Secara jujur, inilah kali pertama aku membina sebuah pc yang berkemampuan tinggi. PC yang sebelumnya menggunakan Pentium 4 dan AMD X2 (Dual Core) yang takde la laju sangat. Tujuan utama menaiktaraf pc buat kali ini adalah khusus untuk pembelajaran. Kalau setakat nak main games, pc yang sebelum ni pun dah cukup bagus.

Dan malam tadi pun aku terbeli satu lagi aksesori tambahan kepada Pc ni, iaitu heatsink. Setelah melakukan pembacaan menerusi forum di internet, maka aku memilih CoolerMaster Hyper 212 Turbo Edition. Takde la power sangat disebabkan kekangan budget :(.
besar sebab ade 2 kipas je..
Prestasi I7 memang agak memuaskan hati jika dibandingkan dengan PC AMD aku yang terdahulu. Buat masa ini, aku telah mencuba dengan beberapa stress test, dan keputusannya agak baik. Berkenaan dengan VMware pula, aku telah menjalankan 6 server serentak, dan takde satu server pun yang slow. PC AMD yang terdahulu hanya mampu menjalankan 2 server serentak, itupun slow dan kadang-kadang "hang".

this is my training field :)
Jadi diharapkan dengan adanya peralatan yang cukup, dapatlah aku belajar sendiri dan dapat kerja yang bergaji tinggi seperti pegawai-pegawai gomen.

Terima kasih kerana membaca!

26 November 2012

ajaib yg halal

Pertama kali melihatnya adalah ketika balik kampung pada hari raya puasa kira-kira 2 bulan yang lepas. Macam ni citernye:

*** 2 bulan yang lepas***
mak: "hari tu mok ade beli benda meroh tu..."
aku: "mengarut je...menjadi ke?"
mak: "menjadi la..senang je nok guna"
aku: "macam khurafat je"
mak: "khurafat mende plok??...kalu mung nok mok nok pegi mintak dengan yah..bulan-bulan RM20"
aku: "harharhar...xmboh xmboh"

2 minggu yang lepas aku ke rumah maksu kat kuala kubu. Dia pun menggunakannya secara efektif dan menurut katanya, benda ni memang praktikal. Tanpa berfikir panjang aku pun telah mengorder benda tersebut. Kat bawah ni la benda merah yang dimaksudkan:
Pemanggang Ajaib...halal disisi JAKIM.
Ianya sangat ajaib jika jatuh ketangan yang betul, dan betul-betul tidak berguna jika digunakan oleh manusia yang tak pernah kenal dunia dapur. Tiada jampi serapah yang diperlukan, cuma yang diperlukan adalah niat dan doa, bahan-bahan dan sedikit kesungguhan.
Hasil-hasil yang ajaib
Yang ajaibnya adalah kesan panas 2 hala iaitu atas dan bawah, senang nak kacau...boleh goncangkan dan terbalikan pemanggang ni, permukaan yang tak melekat, kurang asap, cepat masak, dah ianya membuatkan rasa rempah tu menyerap jauh ke dalam. 

Rasa??
Rasa memang la sedap. Lagi-lagi bila ada juicy yang terhasil dari rempah dan air. :) Pemanasan yang sempurna orang cakap.

Itu aje nak taip untuk minggu ni. mekasih sebab membaca!!

Ps: Hari-hari bleh layan bbq. ik ik ik.

04 Ogos 2012

my arsenal: kamera #5

Alhamdulilah, setelah setahun berusaha maka aku telah berjaya melengkapkan kamera dengan alatan yang basic. Memandangkan aku cuma gunakan kamera sebagai hobi dan bukannya untuk buat duit, maka aku pilih spesifikasi yang rendah aje.


1. Body D3100
Body kamera yang aku beli ketika bulan puasa tahun lepas. Beli sempena untuk kegunaan raya tapi pada masa tu aku langsung tak tahu nak guna kesemua setting yang ada. Kamera ni adalah yang paling terendah didalam jenama nikon kerana kekurangan beberapa fungsi seperti yang ada pada kamera yang lain. Namun begitu fungsi asas iaitu M,A,S, dan P masih ada.

2. Lensa Nikkor AF-S 55-300mm
Lens ni adalah lens midrange telefoto. Gambar yang dihasilkan tak pecah-pecah pada kedudukan 300mm. Aku suka lens ni sebab jarak zoom yang agak jauh. Sangat sesuai untuk sukan, birding dan jugak sekodeng kot. hehe. Aku beli lens ni masa nak pergi naik ke fraser hill untuk birding.

3. Lensa Nikkor AF-S 18-55mm
Lens ni adalah kitlens yang disertakan sekali semasa aku beli kamera. Lens ni sangat ok, merangkumi wide dan jugak zoom. Bokeh juga agak creamy, tapi tak creamy seperti prime lens.

4. Lensa Nikkor AF-S 50mm
Ni adalah prime lens yang aku beli sempena untuk digunakan pada raya tahun ni. Lens jenis ni tak boleh zoom in dan zoom out, yakni jarak yang sudah tetap iaitu 50mm. Nilai F stop serendah 1.8 sememangnya menghasilkan background gambar yang agak creamy.
Model berbayar
5. Fotga wide converter
Converter ni aku gunakan untuk convert lens tu jadi wide angle lens. Walaupun tak berapa nak wide tapi sangat berguna untuk ambil gambar di tempat yang sempit.

6. Raynox DCR250
Raynox DCR 250 ni digunakan ambik gambar close up ataupun makro. Aku tak mampu nak pakai lens yang khusus untuk makro seperti Tamron SP90 sebab aku takde la layan makro sangat. Malas nak masuk semak samun. Raynox ni dipasang pada depan lens..berfungsi seperti kanta pembesar untuk membesarkan imej.

7. Nissin di466
Ini adalah sumber pencahayaan bagi kamera aku. Dikuasakan dengan batery rechargeable sony 4 biji, flash gun ni mampu bertahan sebanyak 250 shot. 

Kesimpulannya:
Akhirnya lengkap jugak set kamera aku. Alhamdulilah. Harap murah la rezeki lagi. Boleh beli benda lain pulak :P

08 Mei 2012

GFc baru

Setelah berfikir panjang, berfikir semasak-masaknya, aku telah membeli graphic card baru. Walaupun bukan yang paling latest kat pasaran tapi boleh dikira agak okay la berbanding graphic card aku yang terdahulu.
Spesifikasi ringkas:-
Manufacture: MSI
GPU: AMD RADEON 6790
Bit: 256
Ram: 1GB DDR5
more info sila lah google sendiri.
Inilah rupanya graphic card tu. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama aku membeli graphic card yang nilai bit nya 256. Sebelum ni cuma 128 jer. Jangka hayat card ni adalah 10 tahun dan jangkaan aku, aku cuma nak guna sampai 3 tahun je.

Tujuan aku membeli card ni adalah untuk bermain games yang latest dan juga meningkatkan kemampuan PC aku. Sekarang aku sedang layan Deus Ex dan jugak Skyrim. Yang bakal aku main nanti adalah Devil May Cry 5 dan Prototype 2 (belum release).
Ni adalah graphic card yang telah digunakan selama lebih kurang 3 tahun. Kipas penyejuk yang asal telah rosak jadi aku mengantikannya dengan kipas lain. Ikat pun pakai tali. Setakat ni graphic card ni masih ok, dan mantap. Boleh main Need For Speed Hot Pursuit HD 2010 dengan gemilang.
Antara graphic card yang pernah aku guna sejak dari zaman AGP adalah:
Nvidia MX440 - AGP - Jual kat bob
ATI Radeon 9200 - AGP - jual kat azri budak AD
Nvidia FX 5500 -AGP - jual kat kawan safwan
ATI Radeon 9550 - AGP - kena curi masa pegi kelas
Nvidia 7300 GT - AGP - jual kat kawan tak berapa ngam skrg
Nvidia 9500 GT - PCIE - tak jual lagik
ATI Radeon 6790 - PCIE - tengah guna

Kebanyakkannya aku jual sebab nak topup beli yang model terbaru. Nak beli ikut suka hati memang tak dapat la sebab aku bukan anak orang kaya pun.

Terima kasih kerana membaca :)