30 Ogos 2012

raya with my next door neighbour

Musim raya sudah habis, Bagi aku sudah tamat waktu untuk mengunjungi rumah sedara mara, kekawan dan sesape saje melainkan diorang mengadakan rumah terbuka dan dijemput ke rumah mereka.

Teringat satu kenangan berkenaan dengan rumah terbuka. Kira-kira hampir 4 tahun lepas.

rumah sewa
Dulu masa aku belajar kat shah alam dan menyewa rumah kat sana, aku berjiran dengan sebuah keluarga yang berniaga pakaian. Menyedari kami memang banyak dosa dengan mereka maka kami pergi beraya ketika mereka mengadakan rumah terbuka...yang sebetulnya parking terbuka...dibawah khemah ungu seperti yang tertera dalam gambar diatas.

Mungkin sudah menjadi trend disini. Rumah terbuka diadakan pada hari hujung minggu iaitu sabtu dan ahad. Jadi mengikut anggaran kasar aku, sepanjang syawal ada 4 minggu.
Dan jiran aku mengadakan rumah terbuka setiap minggu. Juadah pula berbeza-beza pada setiap minggu. Menarik bukan?

Menarik dan tertarik serta terliur tapi apakan daya nasib kami kurang baik kerana slot bersama jiran-jiran hanya dihidangkan laksa. Slot-slot minggu yang lain yang mana kami tidak dijemput disediakan satay, nasik minyak dan lain-lain juadah yang best.

Walaupun tidak dijemput untuk slot yang lain, kami masih gembira kerana boleh mengusha makwe-makwe yang datang. Haha

Atleast dia jemput walaupun sekali.
***
sebelum syawal meninggalkan kita... Sudahkah anda beraya dengan jiran anda?
Buat perubahan bermula dari diri sendiri. Apa kata ambil masa seminit-dua sementara menunggu enjin kenderaan panas, ketuk pintu jiran, hulurkan tangan bermaafan (sesama jantina sahaja). Cubalah!!


aku belum lagi

2 komeng:

Zul fattah berkata...

rasanya masih blum terlambat utk ucap slamat hari raya kan? raya tahun ni, kurang meriah sikit, sbb ramai ahli kluarga yg tak balik..

wenk berkata...

selamat hari raye fatah...mg dop g raye ke kat umoh vicky?..hehe