04 September 2012

hujung minggu yang random

1. Jumaat yang lepas, negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55. Aku dan miss jue ke putrajaya untuk melepak tapi alih-alih balik awal sebab takde pun bunga api.

2. Jadi pas balik dari putrajaya aku sms pian, sengaja ajak pergi ke broga hill. Dia terus setuju. Aku pun on je memandangkan selepas raya aku tak melakukan aktiviti mengeluarkan peluh. Korang pulak masih malas kan. Sebenarnya aku ada jugak ajak budak-budak lain tapi ditolak dengan alasan tak bersedia dari fizikal. Dipendekan cerita aku bertolak dari rumah seawal pukul 540pagi dan sampai ke kaki bukit broga dalam pukul 550pagi. Selepas warm-up lebih kurang, terus sprint naik ke atas.
 3. Perjalanan ke atas mengambil masa 35minit sebab aku banyak berenti. Suasana masih gelap seperti dalam gambar diatas. Suasana jugak berangin sebab cuaca macam nak hujan. Kat atas ni banyak port tanah lapang, jadi takde masalah untuk mendirikan solat. Cuma kena bawak sejadah dan pakaian untuk solat je la. Jangan lupa cara-cara untuk bertayammum sebab takde sumber air kat atas bukit ni.
 4. Jadi aku melepak la kat atas ni dalam dua jam sebelum turun.
5. Seperti biasa...dah datang letih-letih, tak salah ambik gambar sekeping dua.  :)
6. Hari sabtu pulak aku pegi lepak dengan pesa sampai ke malam kat shah alam. Sebelum balik, dia belanja makan burger yazid. Ambik yang 500 gram je. Makan berdua memang full kaw-kaw lah.
7. Aku tak pandai nak bagi pendapat yang detail tentang makanan. Bagi aku, dagingnya amat lembut, sos yang okay dan berbaloi untuk duit. Jika dibanding dengan burger bakar yang lain (yang size kecik tu), berger ni lagi sedap. Tapi kalau la rasa berger ni macam quater pounder, memang lagi sedap la.
gambo dari windows phone ustazah
8. Hari ahad pulak, aku join geng post stpm+matrik ism pegi rumah encik wan. Kira unofficial gathering bagi group final project dulu walaupun tak cukup ahli kumpulan. Encik wan tak mengajar aku pun, tapi dia layan baek la. Talak sombong.

9. Disebabkan masih awal untuk balik ke rumah dan cuaca pun panas, aku dan miss jue pegi ke hutan lipur lentang. Melepak sambil celup kaki ke dalam air yang sejuk. 

 10. Ramai jugak pengunjung yang datang. Aku bercadang nak berpiknik kat sini akhir tahun ni....sesambil buat barbeque mungkin.
11. Sebelum balik, kami naik ke goh tong jaya, layan udara sejuk kat chin swee temple. Suasana tenang macam kat negara china. Ditambah dengan kabus-kabus yang menyelubungi tempat ni.
 12. Minggu depan kemana pulak ye?..hmmmm.

2 komeng:

Tanpa Nama berkata...

ada kamera canggih xmboh wat kuar. tengok pic lain smart je kecuali pic kat umah en wan tu..

wenk berkata...

sebab windows phone dah ade..tu yg malas nk kuarkan kamera muroh ni