Kehidupan aku sebagai penyewa rumah sewa bermula pada semester akhir diploma...kiranya pada awal tahun 2007 lah. Ianya sangat bullshit kerana pada semester akhir tu aku terpaksa carry 3 paper repeat dan secara totalnya 21 jam kredit. Orang lain ambik 15 jam kredit. Ok..lupakan. Sebab paper repeat tu takde mengena dengan hidup aku sekarang. Sape yang bagi usulkan idea budak last sem kena duduk kat luar kolej memang bongok la. Ok la....entry kali ni berkenaan rumah sewa yang pernah diduduki.
rumah 1. (RM70\bulan)
Rumah sewa yang agak horror sebab dah setahun takde orang sewa. Aku menyewa dengan lagi 4 orang. Tak perlu la nak memperkenalkan sape penyewa. Kat rumah ni kipas cuma ade kat ruang tamu. Kat bilik tido memang takde kipas. Jiran kitorang tu namanya pok mat, katenya dia jual ikan. Baik orangnya. Depan rumah plak rumah amir, tokang dadah la kot. Sebelah rumah plak brader keje AADK (agensi anti dadah kebangsaan). Kombinasi yang baik.
Satu malam tu tengah sedap2 aku nak pasang swing arm motor erman, rumah sewa diketuk orang. Rupanya polis. Aku pura-pura cool tapi dalam hati gelabah macam babi dengar bunyi mercun bola. Dah la dengan erman je, yang lain balik kampung. Nasib baik polis tak masuk ke bilik tidur budak lain, kalo tak sure kena angkut sebab ade "dapur" untuk hisap pil kuda. Sampai habis sem jugak aku duduk kat rumah ni, walaupun geng rumah rempit ade ajak stay dengan diorang.
Kat rumah ni, banyak negatif dari positif. Yang negatifnya kamera aku kene curi (tapi jumpe balik), graphic card aku kena curi, ram pc aku kena curi dan dvd drive aku pun kena curi. Nasib baik la aku dah setelkan hal sewa (part aku saje). Walaupun ade yang tak bayar sewa.
rumah2.(RM250\bulan)
Rumah yang kedua pulak masa kat puncak perdana dulu. Rumah dekat dengan kelas. Rumah ni ade internet, dan kami bayar sewa complete setiap 6 bulan. Setiap hari diraikan dengan Counter Strike, dan malam hari pula ke kedai mamak area bukit jelutong dan ttdi jaya. Isu kat rumah ni cuma kebersihan je. Letih jugak kalau sorang dua je yang tukang bersih, tukang buang sampah. Tapi yang paling ketara bila sikap pow tak bertempat. Isu ni semua orang komplen. Pow perfume, pow air teo-o ais, pow rokok, pow megi, pow sabun, pow air masak, mangkuk megi dan kekadang pow pakaian. Nasib baik pakaian aku tak tak fit dengan orang lain. :P
Networking |
Kat rumah ni balance la. Negatif dan positif. Aku pun ade sikap negatif. BTW...aku doakan semoga semua orang berjaya.
![]() |
Jiwa kerempitan hey ho lets go! |
rumah3.(RM140\bulan)
Rumah sewa yang ketiga adalah kat seri kembangan. Kat sini banyak mengajar aku cara nak survive. Budak rumah asal adalah 2 PTD dari MOF, kemudian seorang pegawai kat KPT dan seorang lagi rakan sekerja. Tak lame pastu kedua PTD pun keluar sebab berkahwin, dan diganti dengan seorang peguam negara. Serius aku tak tipu ni. Aku je yang paling cikai diantara diorang.
![]() |
Brader peguam tu suruh aku cabut poster awek ni kat ruang tamu |
Kat sini aku belajar memasak dengan wan. Belajar lebih kurang je. Sekarang dah lupa segala resepi yang diajar.
rumah 4.(RM195\bulan)
Rumah keempat adalah rumah sewa aku sekarang. Berpindah ke sini sebab rumah sewa yang ke-3 hendak dijualkan kepada pembeli. Jadi terpaksa la keluar. Rumah sewa sekarang berkonsepkan mind your own business. Tapi hanya 2 orang je yang duk apply konsep tu. Aku dengan housemate sorang lagi kira takde hal, siap boleh memasak sekali.
Hal yang tak best adalah mementingkan diri sendiri. Hal kecik je, seperti penggunaan ampaian, dapur, pinggan mangkuk dan parking. Parking kekadang senget, susah motor nak celah masuk, sidai baju tak pakai hanger, menyebabkan space terhad terutama hari minggu, dapur tak cuci selepas guna, ruang tamu yang tak dibersihkan serta internet yang akan disabotaj jika penggunaan yang berlebihan.
Mungkin banyak lagi. Tunggu aku keluar dari rumah ni baru boleh cerita panjang lebar lagi.
Ini adalah secebis je, kalau la aku cerita segengam, mau tak tidor malam ni. Takde niat nak memalukan sesiapa sebab takde nak mentioned nama sesape.
Terima kasih kerana membaca!
9 komeng:
haha demo ada mention nama Erman tadi. haha ..kantoi.
rumah no 2. tu sama mcm rumah kw dulu je. tapi xrasa mcm rmh sewa lar. mcm h**t**. huhu. Kena kumpul kupon x??
sape 2 PTD MOF tu??
erman budak umah lain...jadi xpe :P
cube cari kat fb name ijan ismail. Name sebenar Farizan kot. Tapi sempat ngan dia 2 bulan je.
yg sorang lagi lost track r..name dia jimmy.
sebut ptd tanya lalu sapa....lain tukan sek pegawai turus satu....aku paling suka entri umah no 2!!!!!!!
ko nak pindah umah lagi ke?
liz> bakpe no.2? mengamit kenangan ke?
shaqi> takde la...saje buat entry pasal rumah2 sewa sebelum ni :D
hairulanuar: kw nk tanya sapa pun ada mintak ic diorang ngn demo ke boh?? hoho.. lawok2 (ambo tanya bkn sebab PTD tp sebab katanya keje MOF. tanye kot2 kenal. adoii)
adi: fariszan ismail eh? owh kalo dia tu ada lagi sini skg. ore utara
mana bleh nak lawan ptd...sek2 bijak pandai....
Macam best pulak entry rumah sewa ni. Aku pun nak buat gak la. Banyak dah rumah sewa aku masuk...
Maro + Liz: geng 41 sila berdamai
Asraf: Bagus2..nak tahu jugak camne kehidupan orang lain kat rumah sewa :)
Catat Ulasan