10 Mei 2013

tiket bas sold out


Sebenarnya ketika balik ke kampung pada 26 April hari tu, aku terkenang pada satu kenangan ketika masih bersekolah.
Mukadimahnya macam ni la, aku dulu bersekolah kat SM Teknik Kuantan 1, dan semestinya duduk kat asrama. Para pelajar dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga sebulan sekali. Disebabkan aku ni seorang yang berdikari (ceh!), kebiasaannya aku balik naik bas express je.
Sebenarnya aku sangat excited apabila dapat naik bas express. Bas express biasanya lagi selesa dari bas biasa, dan paling best mesti ada aircond. Ya, pada zaman tu bas kat kampung aku takde aircond dan selalu berenti renti pasal nak ambik orang. Dalam bas express pun sedap nak tidor. Dan point yang paling penting adalah dapat layan pemandangan sepanjang perjalanan. Ah..korang pun sama sebenarnya, suka sangat naik bas lagi-lagi ketika join lawatan kan.
Sehinggalah pada satu hari di bulan Februari 2003...
Disebabkan perayaan tahun baru cina, tiket balik ke kuantan telah sold out. Jadi nak taknak terpaksa la berharap kepada tiket semasa ataupun tiket bas tambahan.
Selepas makan sup kat atas pasar kedai payang, aku dan beberapa kawan pun pergi la ke stesen bas tanjung, kuala terengganu dengan mengalas beg baju. Sampai-sampai je kat situ, aku terus usha tiket bas tambahan. Ok. Aku jumpa la satu kaunter ni. Lantas aku bertanya dengan brader kaunter yang sedikit buncit serta memakai baju basketball yang sleeveless.

"boh, tiket nok g ke kuantang ade lagi dop?"
"ade, mung nok brape orang?"
"nok 5 orang"
"buleh..buleh...ade lagi ni"
"doh brape rial ni boh?"
"5 kali 15 rial jadinye 75 rial la seme"
"owoh...bakpe mahal ngat? bukang ke harge biase 12 rial je?"
"la...mung nok muroh ke? buleh..buleh. Mung ambik pitih 12 rial tu wat beli air miniral, pastu minum la sambil jalang kaki sapa ke kuantang.." dengan slamber je brader tu sound sambil dia gentel bulu ketiak.

Sejak dari hari tu, aku balik kuantan naik fireflies.

0 komeng: