09 Julai 2013

august 2010

Kira-kira hampir 3 tahun yang lalu, ketika itu masih didalam bulan Ramadhan, aku dilanda satu masalah. Masalah dengan kerjaya.

Aku tak tahu nak salahkan sapa-sapa dalam hal ni. Sebagai kuli yang termakan janji janji manis bos, aku memang tetap pendirian untuk kekal lama bekerja di kompeni tersebut. Namun apakan daya, janji-janji manis tak boleh ditelan sentiasa. Memandangkan banyak tender-tender yang tak berjaya diperolehi, dan aku pulak selalu usha keadaan kewangan kompeni, maka aku pun memulakan langkah untuk keluar dari permasalahan ini.

Jadi didalam kesulitan itu, aku kekadang berdoa agar dimudahkan didalam urusan mencari rezeki. Jadi dengan bantuan jobstreet, pencarian kerjaya baru pun dimulakan. Nah, akhirnya ada la 4 interview yang aku dapat. Syukur sangat-sangat.

1.Programmer - setup microsoft sharepoint kat sektor kerajaan.
2. IT Technician - all in one common tasks, tapi kat kilang perabot.
3. IT Exec - all in one common tasks, kat kilang barang janakuasa di shah alam.
4. IT engineer - unknown task

Setelah diteliti, aku menolak interview yang pertama pasal nak lari dari coding. Kemudian minggu ketiga dalam ramadhan, aku hadir ke interview yang kedua. Tapi tawaran ditolak pasal gaji memang kecik gila. Pada minggu ke-4 ramadhan, entah macam mana aku terkena buasir pulak. Mungkin pasal kurang minum air dan jugak banyak makan makanan pedas...mungkin la. hahaha. (sebenarnya ini tak lawak pun).

Minggu yang ke-4 ramadhan tu, aku ke shah alam untuk menghadiri satu interview. Lokasi terletak di kampung melayu subang. Jadi pada hari yang berkenaan, aku ambil mc sebab sakit tersebut. Dengan keadaan yang sakit-sakit tu, pada waktu pagi aku dengan menunggang motor ke shah alam dari seri kembangan, Jauh, dan azabnya Allah dan aku je yang tahu. Pada sebelah petangnya pulak, aku ke Kelana Jaya untuk interview bagi interview yang keempat.

Kira-kira 4 hari sebelum raya, aku masih lagi di opis. Sakit pun dah sembuh sikit-sikit. Tapi bos pulak tak bagi gaji lagi. Raya dah nak dekat. Nak taknak aku mintak la bos tu bagi advance RM500, tapi dibaginya RM200 je pasal tu je yang ada dalam poket dia. Lagi la aku tawar hati nak bekerja dengannya.

Petang tu pula, rasanya dalam pukul 3 petang aku ke KL dengan adik bos untuk mengambil laptop client. Tetiba telefon aku berdering. Aku jawab dan dengar sayup-sayup je suara admin tu cakap lebih kurang macam ni la.. "congratulation, you're selected to be hire as a system engineer and please come at 7:40pm by today to signup a contract letter..".."can you call me next 1 hour because I'm not in appropriate situation right now".."yes, will call you back in 1 hour"

adik bos dah tengok aku semacam. Tapi aku cover, cakap yang call tu orang dari celcom pasal tak bayar bil broadband.haha

Early 2011, in front of somebody office, cyberjaya
****
Aku dapat kerja pun ketika dalam bulan yang penuh berkat ni. Ada halangan, tapi akhirnya dapat jugak apa yang dihajati. Jadi marilah sama-sama doakan semoga rezeki kita sentiasa dimurahkan dan diredhainya. Amin.

2 komeng:

maro rozalez berkata...

alhamdulillah...marhaban Ya Ramadhan

wenk berkata...

betul tu my idol maro