30 Julai 2019

sangat malas...malasss...malasss.....(suara bergema didalam gua)

Salam semua yang sudi buka blog aku ni..... :)

Bulan ni aku agak malas nk update. Idea ada tapi bila sudah ready untuk menaip entry blog, tetiba tangan pegang joystick, dan seterusnya aku main games Pro Evolution Soccer dan Need For Speed Hot Pursuit. Lepas dah main, aku pulak tetiba dah hilang mood untuk tekan keyboard.
Semenjak akhir-akhir ni aku dapat rasa masa bergerak dengan laju. Sedar-sedar dah habis sebulan. Sedar-sedar dah waktu untuk tidur dah tiba. Sampai kadang-kadang aku rasa nak ambik cuti, rehat puas-puas, pergi ke tempat yang tenang, tanpa ada gangguan, yang betul-betul privacy, cuma ada bunyi deruan air terjun, bunyi burung, dan bunyi ombak.

Berkenaan dengan kerjaya, takde apa yang naik atau turun. Semuanya mendatar, gaji pun rasa macam tak cukup-cukup. Projek pun dah habis pada akhir bulan lepas, takde kerja troubleshooting, dan project team aku pun dah berpecah. Pastu aku sekarang kena tolong team lain untuk buat pilot test. Kadang-kadang best, kadang-kadang bosan. Masih menunggu bila projek baru nak mula.

2 minggu lepas aku ada balik ke kampung disebabkan sepupu aku melangsungkan perkahwinan dia. Bila aku fikir pasal kahwin, aku tak nampak hal kahwin ni satu hal yang aku boleh handle dalam keadaan aku sekarang. Berat tanggungjawab yang kena dipikul. Tapi sapa yang taknak kawen.Masa tu akan tiba.
Kawan-kawan rapat pulak jauh dan masing-masing ada hal peribadi sendiri. Kawan-kawan lama pulak yang tetiba muncul dan berhubung. Bagus la. Paling tidak ada orang yang ambil tahu dan masih ingat aku.

Itu je la untuk post kali ni. Akhir kata, "mari menuju kejayaan" (tetibe).