30 Julai 2019

bukit broga kali ke 2

Pada 4hb March, sekali lagi aku ke bukit broga with my bro, pian. Memandangkan dia tak pernah pergi jadi aku bawak la dia. Perjalanan kali ni sekali lagi tidak mengikut jadual asal disebabkan dia bangun lewat. Dipendekkan cerita, aku dan dia tiba kat kaki bukit broga dalam pukul 645. No need for torchlight.
Disebabkan kaki aku sakit disebabkan sehari sebelumnya aku pegi trekking kat FRIM, maka beberapa kali kena berenti rehat. Berkenaan dengan FRIM, bila aku dah sampai kat kanopi, baru aku tahu tiket kena beli kat ofis bawah. Jadi sia-sia je aku panjat. Letih jugak tu. Tapi rasanya bercadang nak pergi dalam masa terdekat ni. Awal bulan April mungkin.
Keadaan di bukit broga dah banyak beza berbanding dengan keadaan yang mula-mula aku pergi. Lalang dah tak setebal dulu. Tak mustahil satu hari nanti, permukaan bukit ni akan gondol. Jadi bagi sape yang tak pernah pergi, cepat-cepat la pergi sebelum lalang ni berkurang.
Seperti sebelumnya, selepas mendaki bukit ni, destinasi seterusnya adalah Sungai Tekala. Hari tu kebetulan tak ramai pengunjung yang naik ke atas. Jadi tanpa ganguan, takde la segan nak ambik gambar slow shutter seperti kat bawah ni.
#1
#2

2 komeng:

Haniko chan berkata...

lawo la gambor mu amik adie...

wenk berkata...

gambor bese2 je amni. Btw tenks :)