30 Julai 2019

TAM9621 - JJW2327

Pada 4 April bebaru ni, genaplah setahun motor aku hilang. Motor tu Yamaha LC 135, dibeli pada 28/11/2006 dengan harga RM6100. Motor tu aku guna ketika part 6 diploma kat UiTM Machang dulu. Banyak kenangan best aku dengan motor ni.

Warna asal TAM9621 adalah Merah. Tapi aku tukar coverset kaler hijau. Antara kenangan yang best adalah aku belajar "wekang" atau stoppie dengan menggunakan motor ni. Tak penah lagi aku jatuh bila wekang dengan motor neh. Satu lagi yang best, motor ni dapat jadi Johan dalam motorshow uitm machang dalam kategori 125cc-150cc. Time tu aku gile2 la modified aksesori motor.


[ wekang kat jambatan belakang uitm machang ]
* aku bukan rempit ye adik2...cuma aku minat nak buat je.

Moto tu hilang pada pukul 825 PM kat "kandang" atau food court Puncak Perdana. Time tu aku tengah nak makan. Dalam suasana hujan renyai2, sedar2 motor aku dah hilang. Sedih jugak. Selepas dari tu, sebulan aku duk tumpang Pesa pegi kelas, pegi kuar makan dan lelain urusan kat luar.

Dan kini aku kai LC135 lagi. Tapi beli yang 2nd hand je. Tak mampu nak beli yang baru. Dan baru2 ni aku beli coverset kaler hijau. Memang motor aku yang sekarang tak sama seperti yang dulu. Aku suka motor yang dulu sebab laju dan enjinnya adalah 1st model LC.

Nanti dah keje aku fikir nak beli motor sebijik lagi. Mungkin nak beralih kepada automatik. hehe. Korang rase sesuai tak kalau aku pakai Yamaha Nouvo LC??? :)

[ JJW 2327 ]

[ TAM 9621 ]

0 komeng: