30 Julai 2019

ugly stone beach


Semenjak aku meneruskan kerjaya sebagai pengangur dirumah, maka aku juga secara tidak langsung menjadi pemandu tak bertauliah. Hehe. Jadi pada hari minggu selepas melawat orang sakit kat hospital, aku dan family melepak kat pantai batu buruk. Biasa aku melepak dengan kawan-kawan je. Dah lama tak melepak dengan family.

Beruntung sangat tinggal kat Kuala Terengganu ni. Cuba cari kat Malaysia...hanya Terengganu je pusat bandaraya yang paling hampir dengan pantai. Semua dekat dengan pantai. Hospital kat tepi pantai. Memang bahagia la pesakit kat hospital layan view pantai. Macam duduk kat hawaii. Serius aku tak tipu.


Melepak kat tepi pantai memang best tahap dewa la. Sambil-sambil makan keropok goreng, nugget, sotong celup tepung, fishball, dan minum air kelapa...peh...memang nikmat. Sambil layan bunyi ombak memukul pantai. Kadang-kadang dapat jugak tengok anak-anak gadis yang cun datang melepak kat pantai. Tapi biasanya dengan pakwe-pakwe diorang la.


Aku dah nak start kerja kat KL nanti. Rindu gila la nak lepak kat pantai lagi...

2 komeng:

Haniko chan berkata...

kekg susoh doh la nk jupe ngan mg...kena wat perjanjian pasni ni...every month, geng kita kena kumpul gak...tak kisah ar kat ane pun..hehehe

wenk berkata...

perjanjian?...parok ngat..hahaha
ade mase leh la kuor ngan sek2 ni..