Memaparkan catatan dengan label air terjun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air terjun. Papar semua catatan

20 Ogos 2013

taman negara

Beberapa bulan yang lepas, setelah diajak beberapa kali oleh Wan akhirnya aku ter"join" aktiviti hujung minggu bersama group jalan-jalan diorang. Destinasinya adalah Taman Negara yang terletak di negeri Pahang. Seramai 12 orang yang terlibat. Bayaran pulak RM250 per kepala untuk 3hari 2malam siap makan, barbeque, penginapan dan pemandu pelancong. Aku takde la excited sangat, cuma terasa nak jejakkan kaki ke tempat yang belum dilawati lagi.

Gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan beberapa aktiviti utama yang kitorang lakukan. Gambar-gambar yang lain malas nak upload....dan jugak malas dah nak menaip.
Lubuk Simpon
Trekking ke Air Terjun Abai
Air Terjun Abai
Sumpit di perkampungan orang asli
Secara kasarnya, aktiviti macam ni okay. Boleh kenal kekawan baru dan perati pelbagai kerenah orang-orang bandar bila masuk hutan.

*kumpul duit untuk aktiviti seterusnya!

31 Oktober 2012

lata belatan

Malam tadi aku godek-godek hardisk, lalu terjumpa la khazanah gambar lama iaitu perkelahan ke Lata Belatan bersama coursemate, ketika di UiTM kelate dulu. Lata belatan ni terletak di daerah besut, terengganu dan merupakan salah satu jalan masuk ke Gunung Tebu. 

Secara jujur aku tak ingat sangat tempat ni. Jadi berdasarkan gambar, kami pergi dengan 1 kereta sewa, dan beberapa buah motorsikal. Yang pegi adalah aku, tas, pesa, anir, miro, bob, shidi dan adi pahang. Kat bawah ni ada beberapa gambar.
masa ni tengah makan-makan kat bawah. Ada nasi lemak kalo tak silap.
geng pokok
geng retok
"self timer yang baik hati"
"self timer yang baik hati jugak"
1st time pegi dengan Jono dan Pocong - 2005
* Gambar semua hasil dari kamera shidi, hanir, aku dan adi.
* Gambar abang katang terpaksa dihitamkan. Sila request jika mahu full version disiarkan. kakakaka