16 September 2013

new progress in kerja

Agak-agak lagi 1 bulan genaplah aku bekerja kat sini selama 3 tahun.
Jika nak dibandingkan gaji di tempat sekarang dengan gaji ditempat yang lain, memang la tak berbaloi. Tapi pengalaman kat sini memang bernilai sangat. Tu yang membuatkan aku rasa nak stay kat sini lagi.
Bulan lepas, ketika Team meeting, entah macam mana la manager mengarahkan aku untuk join sub team yang lain. Team yang dimaksudkan adalah Testlab team. Testlab adalah satu environment yang mimicked actual production environment. Tapi kerja yang asal pun kena buat lagi. 
Mula-mula tu agak takut jugak pasal aku tak pernah nak sentuh pasal server hardware dan networking. Tapi bila dah cuba buat, rasanya takde la susah sangat. Berbanding dengan tugasan yang dulu, aku hanya Remote dekstop ke server dan buat la ape kerja yang patut.
Sekarang ni dah lain, bila dapat server baru, kena pergi mount dekat rack, install OS, set IP kat cisco switch, set raid hardisk,set ILO, set cluster failover server, calculate resource available untuk Hyper-V, dan beberapa hal lagi. Disebabkan Testlab ni bukan production, maka apa-apa changes pun tak memerlukan ticket system.

Bulan ni jugak aku tak keseorangan lagi, dah ada budak melayu yang masuk team aku. Ada la jugak tempat untuk bercakap dalam bahasa melayu. Lega.
Bulan depan pulak kena pergi training Citrix XenApp, pasal bos cakap kena certified, baru la bleh naik pangkat :).

Kesimpulannya sekarang, aku memang suka sangat kerja kat sini. Parking free, pakaian kerja yang bebas, waktu kerja yang flexible, dan yang paling penting kena dengan minat aku.
Itulah serba sedikit kerja sebagai helpdesk seperti aku. Haha.

0 komeng: