24 Jun 2015

its been a while...


Lama jugak tak menaip.
Hari ni hari ke-7 dibulan puasa 2015. Selepas sahur aku tak tahu nak buat ape. Bukak chrome, tengok save links, pastu terkelik pulak blog sendiri. Password pulak aku lupa. Godek-godek sampai la boleh bukak.

Rindu jugak.
Rindu pada kekawan lama. Ramai dah bertukar alam, dari alam bujang ke alam perkahwinan. Jadi pada tahun lepas, aku sibukkan diri dengan mencari kawan-kawan baru yang bukannya  dari satu opis mahupun kawan kepada kawan. Its totally baru. Nanti la aku citerkan.

Aku masih kat tempat kerja lama. Cuma tanggungjawab kerja dah makin berat, makin mencabar. Yang ni pun akan aku citerkan nanti.

Keluarga.
Aku tengah kearah membentuk keluarga sendiri ni. hehe. Sila doakan aku cepat tukar keje dengan gaji besar. Keluarga kat kampung semua sihat belaka.

Masalah.
Semua orang ada masalah. Cuba la kau tengok kat facebook, mesti ada status yang berbunyi masalah. Masalah aku sekarang ni adalah aku banyak keinginan yang dibatasi oleh duit. Kau pun sama.

Nanti la aku taip lagi...

0 komeng: