12 September 2013

Kejatuhan sebuah warung nasi lemak di bangi

Ceritanya bermula pukul 6 petang semalam.
Selepas konfemkan masa dengan makwe, tepat pukul 645 petang si pakwe tiba didepan rumah makwe. Makwe pakai cantik-cantik. Pakwe je yang selekeh pasal baru balik dari keje. Niatnya nak makan kat satu kedai makan yang menyediakan nasi lemak.
Sedap, garing, lemak, masin dan manis. Senang cakap secukup rasalah. Pakwe dan makwenye pernah beberapa kali pergi ke kedai tersebut untuk menjamu selera. 
Pakwe dan makwenya jarang betul nak ambik gambar makanan. Surat khabar cakap orang yang suka ambil gambar makanan ni ade masalah mental. Ada baiknya hormati makanan, baca doa dan kurangkan perkara merepek dipandangan mata orang.
Berbalik kepada cerita tadi, mereka pun sampai ke kedai makan tersebut dalam pukul 7. Terus duduk dan menunggu pesanan untuk diambil. 
Entah macam mana, mereka tidak dipandang oleh kuli-kuli disitu. Datang pula pelanggan yang lain, terus diambil pesanan. Lalu datang sorang akak, pun meminta pesanan. Semuanya memesan menu yang sama, nasi lemak ayam. Akhirnya barulah giliran mereka.
Makwe menarik muka, dan pakwe pun pujuk ala kadar supaya bersabar.
Jam menunjukkan pukul 715 dan kelibat nasi lemak yang dipesan belum sampai. Kali ni  pakwe dah merasa panas hati. Lalu ke dapur dan meminta tukang masak mendahulukan mereka. Tukang masak memberitahu yang pelayan terlupa untuk meletakkan kertas pesanan.
"ayam tengah digoreng" kata tukang masak tu lagi.
"akak tu bungkus 10 nasi lemak ayam, tu pasal la habis ayam yang siap digoreng" tambah tukang masak tu lagi.
Pakwe tu tenung dalam-dalam kat akak tersebut. Tak tahu nak marah kat sape.
Pakwe pun duk la kat meja kembali. Datang si pelayan, seorang indon meminta maaf dan disuruh bersabar.
Agak-agak dalam pukul 735, nasi lemak ayam tak sampai lagi. Pakwe dan makwe pun dah hangin. 
Pakwe ke kaunter dan terus bayar harga air. Tengah tengah bayar tu, pakwe pun bagi nasihat percuma kat taukey. Tapi taukey buat tak tahu.

Pakwe yang makin bengang terus menyumpah taukey tersebut menjadi kutu babi, pelayan menjadi beruk dan tukang masak menjadi lipan bara.

Tamatlah riwayat sebuah warung nasi lemak di bangi. Puncanya adalah pesanan kemudian didahulukan.Sekian terima kasih.

4 komeng:

AnaqiHawwari berkata...

kalo aku, awal lagi dah blah.. mmg sampai sudah lah aku banned kedai tu.

maro rozalez berkata...

haha bila pakwe n makwe tu nk kawin

wenkhadi berkata...

shaqi: ye...aku pun pikir kena banned kedai tu.

maro: yang pasti bukan hari ni la...hehe

liz berkata...

Vanggang avavi...