03 September 2013

tak seperti dahulu kala...kini aku sibuk sikit


Kesibukan yang melanda membuatkan aku malas untuk mengapdet blog. Berblogging sebenarnya memerlukan masa dan keadaan yang stabil serta tak kalut. Dulu lebih kurang dekat sejam la jugak untuk menaip satu entry, dan duk fikir ape la yang perlu dan yang tak perlu aku sampaikan. 
Dulu ramai kawan kat dunia blog, ramai yang rajin update, ramai yang tinggalkan komen. Satu sebab yang membuatkan aku terasa dihargai. Umpama like dan comment kat facebook. Berharga tau.
Sebab tu aku cuba fikir status yang boleh membuatkan orang terasa sesuatu. Bukan cerita lakibini, bukan cerita anak, dan bukan cerita politik. Satu status yang boleh mengaitkan semua insan lah senang cakap.
Seperti snapshot yang berada diatas, buat masa sekarang hanya aku yang boleh lihat dan baca. Sampai aku tersenyum...dan kecewa sikit pasal dah tak boleh menaip seperti dulu. Tangan sudah tempang..mungkin.
Tapi yang paling betulnya takde la best sangat pun cara aku menaip. Yang buat aku tergelak adalah moment-moment yang agak kelakar. Ada yang dah aku lupa...tapi bila baca terus ingat balik. Ah...macam diari..tapi diari yang dulunya untuk tatapan umum..

Itu je la. Entah ada orang baca ke tidak nihh..hmmm

4 komeng:

maro rozalez berkata...

Tengah baca lah ni weh!

liz berkata...

Kacip plek

AnaqiHawwari berkata...

Aku pun baca gak ni..

wenkhadi berkata...

mekasih kekawang :)