Memaparkan catatan dengan label minat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minat. Papar semua catatan

30 Julai 2019

kereta rare

Semua orang ada minat-minat yang rare. Contohnya seperti Liz Arnisyah yang minat helmet dan stiker ,ustazah iffa yang meminati figure kartun manakala elly pula minat kat handbag. Minat-minat rare ni berlaku apabila si mangsa memang minat pada benda tersebut, dan pabila ternampak barang tu....si mangsa tak boleh fikir panjang...terus menyambar.hehe,,,..betul dop?

Malas nak citer panjang pasal minat yang rare.

Cuaca semalam amat panas, tapi tak menghalang aku, mekjue dan pian pergi ke The Curve semata-mata nak tengok Transformer 3. Tapi malang betul, tiket dah habis pada sesi petang. Memang kemaruk nak tengok, dan akhirnya kami bersepakat nak mencuba nasib kat One Utama pulak. Bila dah sampai kat OU,masuk je kat basement parking..terus mata aku tertumpu kat satu kedai. Kedai Tamiya namanya.

Bila dah siap beli tiket, aku ajak diorang pegi kat kedai Tamiya tu. Kedai pun ok la...banyak mainan pasang sendiri kat sini. Dan tetiba mata aku terpandang 2 objek yang aku dah mention didalam ENTRI sebelum ni. Pastu aku cakap kat Pian, aku nak beli sebijik. Pastu Pian pulak cakap nak support sebijik. Mekjue tak cakap pun nak support sebijik sebab dia tak minat..hehe. Benda berbijik tu adalah:

dash 1 dan dash 01

Memang tak tahan. Dulu masa budak-budak aku selalu main kereta ni. Race dengan kawan-kawan kat dalam longkang sekolah. Ni adalah improvement version yang dihasilkan pada tahun 2009, yang mana menggunakan double shaft motor. Bukan menggunakan motor yang lama. Position enjin bukan kat belakang, tapi kat tengah body.

Bila dah bayar, aku pun lepak kat tepi litar. Terus pasang. Oh ye... ada sorang brader cina bawak anak dia datang main kete dash kat sini sebab sini ada litar. Selamba je diorang duk upgrade enjin..pastu test. Aku suspek brader cina ni mesti otai-otai kete dash 15 tahun yang lepas.

Gambar-gambar:
Kedai
Litar
tak pasang lagi
pian baru nak pasang
siap pasang: super emperor 01
siap pasang: emperor 1
keduanya

Secara logiknya aku mengaku ini adalah satu pembaziran. Keinginan dan bukan keperluan. Tapi disebabkan model ni sangat rare, dan ni adalah satu memori aku masa budak-budak dulu, maka aku beli. Cadang nak letak kat atas dashboard kereta, tapi sayang la kalo kena sunburn. Satu lagi, pada pandangan aku ianya lagi cool berbanding dengan meletakkan koleksi kereta ferrari...pada aku la. Pada korang?

ayam kena potong a.k.a chiken chop

sedapnye ciken cop ni... :)

Mungkin sebab sedap sangat kot, aku ngan pesa cam addict makan ciken cop kat kedai mamak bukit jelutong. Best woo....Kedai yang jual neh namenye Dr. Steak Charbroil (kalo x salah la). Harga lak dalam RM9.50. Ayam seberat 300 gram, ade fries, sayur + mayo , n kuah(kuah ke soup?)...kuah tu lak korang ley pilih sama ada nak amek Black Papper or Mushroom. Aku ska mushroom...
Nak ajak awek makan kat sini pon ok gak. Waktu yang dicadangkan dalam kul 600-730 pm. Time ni best sket..x panas....x gelap.....cuaca yang steady bley menaikkan selera makan. haha

28 Februari 2013

For the sake of career and skill enhancement


Seperti yang diimpikan selama beberapa minggu, akhirnya pada hari sabtu yang lepas aku menekadkan diri untuk memiliki Intel I7. Ye tuan-tuan dan puan-puan,memang ada jodoh diantara kami. Aku pun siap call mak lagi untuk meminta persetujuannya.

Proses pembelian dijalankan di kedai c-zone, plaza lowyat. Aku pergi bersama Pian kerana dia pun nak beli barang yang sama. Setelah menghabiskan masa selama 2jam untuk tawar menawar dengan kedai tersebut, akhirnya kami pulang membawa 2 set barangan komputer tu dengan hati yang teruja dan gembira.
I7 3770, 16Gb DDR3 Ram, dan Asus ATX Motherboard
Tengah inform kat awek...teruja...teruja
Ambik bau I7...dia punye bau..mendiskripsikan "berbaloi baloi!"
Secara jujur, inilah kali pertama aku membina sebuah pc yang berkemampuan tinggi. PC yang sebelumnya menggunakan Pentium 4 dan AMD X2 (Dual Core) yang takde la laju sangat. Tujuan utama menaiktaraf pc buat kali ini adalah khusus untuk pembelajaran. Kalau setakat nak main games, pc yang sebelum ni pun dah cukup bagus.

Dan malam tadi pun aku terbeli satu lagi aksesori tambahan kepada Pc ni, iaitu heatsink. Setelah melakukan pembacaan menerusi forum di internet, maka aku memilih CoolerMaster Hyper 212 Turbo Edition. Takde la power sangat disebabkan kekangan budget :(.
besar sebab ade 2 kipas je..
Prestasi I7 memang agak memuaskan hati jika dibandingkan dengan PC AMD aku yang terdahulu. Buat masa ini, aku telah mencuba dengan beberapa stress test, dan keputusannya agak baik. Berkenaan dengan VMware pula, aku telah menjalankan 6 server serentak, dan takde satu server pun yang slow. PC AMD yang terdahulu hanya mampu menjalankan 2 server serentak, itupun slow dan kadang-kadang "hang".

this is my training field :)
Jadi diharapkan dengan adanya peralatan yang cukup, dapatlah aku belajar sendiri dan dapat kerja yang bergaji tinggi seperti pegawai-pegawai gomen.

Terima kasih kerana membaca!