Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

28 Februari 2013

For the sake of career and skill enhancement


Seperti yang diimpikan selama beberapa minggu, akhirnya pada hari sabtu yang lepas aku menekadkan diri untuk memiliki Intel I7. Ye tuan-tuan dan puan-puan,memang ada jodoh diantara kami. Aku pun siap call mak lagi untuk meminta persetujuannya.

Proses pembelian dijalankan di kedai c-zone, plaza lowyat. Aku pergi bersama Pian kerana dia pun nak beli barang yang sama. Setelah menghabiskan masa selama 2jam untuk tawar menawar dengan kedai tersebut, akhirnya kami pulang membawa 2 set barangan komputer tu dengan hati yang teruja dan gembira.
I7 3770, 16Gb DDR3 Ram, dan Asus ATX Motherboard
Tengah inform kat awek...teruja...teruja
Ambik bau I7...dia punye bau..mendiskripsikan "berbaloi baloi!"
Secara jujur, inilah kali pertama aku membina sebuah pc yang berkemampuan tinggi. PC yang sebelumnya menggunakan Pentium 4 dan AMD X2 (Dual Core) yang takde la laju sangat. Tujuan utama menaiktaraf pc buat kali ini adalah khusus untuk pembelajaran. Kalau setakat nak main games, pc yang sebelum ni pun dah cukup bagus.

Dan malam tadi pun aku terbeli satu lagi aksesori tambahan kepada Pc ni, iaitu heatsink. Setelah melakukan pembacaan menerusi forum di internet, maka aku memilih CoolerMaster Hyper 212 Turbo Edition. Takde la power sangat disebabkan kekangan budget :(.
besar sebab ade 2 kipas je..
Prestasi I7 memang agak memuaskan hati jika dibandingkan dengan PC AMD aku yang terdahulu. Buat masa ini, aku telah mencuba dengan beberapa stress test, dan keputusannya agak baik. Berkenaan dengan VMware pula, aku telah menjalankan 6 server serentak, dan takde satu server pun yang slow. PC AMD yang terdahulu hanya mampu menjalankan 2 server serentak, itupun slow dan kadang-kadang "hang".

this is my training field :)
Jadi diharapkan dengan adanya peralatan yang cukup, dapatlah aku belajar sendiri dan dapat kerja yang bergaji tinggi seperti pegawai-pegawai gomen.

Terima kasih kerana membaca!

03 Februari 2013

kebizian

Entah kenapa aku tersangat sibuk sekarang. Aku tak tahu nak terangkan macam mana sampai keje pun kena buat dari rumah. Kadang-kadang tu balik lewat. Aku akan sibuk sampai akhir bulan April. Disebabkan nak ikut timeline, aku sentiasa rasa seperti tak cukup masa dan sentiasa mencongak congak memandang kalendar.

Nak bercuti dihujung minggu pun tak tenang sebab pikir keje yang tak siap lagi. Bukan sebab keje sendiri yang tak siap tapi keje yang perlu diselesaikan oleh team lain. Keadaan makin kucar kacir bila project manager pulak yang push dan suruh aku chase team-team yang sedang buat keje ni. Dan aku pulak, bila hari minggu, aku terasa masa yang aku guna sekarang adalah lebih baik untuk siapkan keje tu.

Bukan sebab nak tunjuk rajin ke hape tapi sebab tanggungjawab. Haih..sub-team aku pun dah ler kurang tenaga kerja, pastu senior pulak kena pindah ke team lain. Masak jugak la nak sambut ape yang di handover kan.

Stress betul. Rasa nak meletus ke otak ni.